Menyediakan wadah rasmi bagi mewujud dan mengeratkan ukhwah silaturrahim sesama ahli alumni demi kesinambungan “Insan Akademis Yang Bertaqwa” Yayasan Anda Akademik.
Misi
1. Melaksanakan aktiviti-aktiviti ukhwah dalam bentuk program bakti komuniti bagi manfaat ahli alumni melakukan kegiatan-kegiatan keakraban silaturrahim, penyaluran sumbangan, insentif dan khairat.
2. Menggalakkan interaksi, keterlibatan dan memelihara keharmonian serta kerjasama dalam kalangan ahli alumni melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk manfaat bersama.
3. Menggabungkan tenaga kepakaran ahli-ahli yang merangkumi pelbagai bidang bagi mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan ahli lebih ideal dan holistik.
4. Membangunkan agenda ekonomi sebagai platform kebajikan dan sikap kepedulian yang akan memberi manfaat kepada ahli alumni.
5. Menjalinkan hubungan baik dan bekerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan lain untuk manfaat ahli dan masyarakat.