Sejarah YAA
Sejarah Penubuhan Yayasan Anda Akademik (YAA)
Sejarah Yayasan Anda Akademik
Yayasan Anda Akademik merupakan satu institusi pendidikan swasta yang telah diasaskan oleh sekumpulan siswazah universiti-universiti tempatan dan dipelopori oleh YB Sdr. Anwar Ibrahim, pada bulan Mac 1971.
YAA di asaskan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1971 dengan dokongan:
1. Hj. Daud bin Seman
2. Hj. Ismail Mina bin Ahmad
3. Ahmad Fakhrizzaki Abdullah
4. Ustaz Osman Bakar
5. Dato’ Kamaruddin Mohd. Nor
Sementara bahagian penerbitan diketuai oleh Hj Daud Seman
Penubuhan institusi ini antara lainnya untuk menyediakan peluang belajar kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan yang tidak bernasib baik untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai satu institusi yang mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri, maka semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum digembelengkan ke arah melahirkan seorang insan yang akademis dan bertaqwa. Sesuai dengan motto penubuhannya yang berusaha untuk memberikan pendidikan di segenap peringkat lapisan masyarakat terutama dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah, maka sudah pasti YAA bertindak dengan mengenakan yuran pengajian yang paling minimum, tetapi mutu pendidikan yang disediakan sudah teruji keberkesanannya.
Sambutan masyarakat terhadap institusi ini amatlah menggalakkan. Suatu yang perlu dibanggakan ialah institusi ini telah berjaya mencapai objektif penubuhannya iaitu dengan bertambahnya bilangan bekas lulusannya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negeri. Tidak syak lagi bahwa kejayaan-kejayaan yang dicapai sama ada di bidang akdemik atau kerohanian pada masa yang lalu, adalah hasil daripada beberapa program yang telah dirancang dan dijayakan dengan amat berkesan. Antara program yang dipercayai telah membantu YAA dikenali ramai ialah dengan lawatan-lawatan sambil belajar yang telah dianjurkan pada masa lalu.
Yayasan Anda Akademik merupakan satu institusi pendidikan swasta yang telah diasaskan oleh sekumpulan siswazah universiti-universiti tempatan dan dipelopori oleh YB Sdr. Anwar Ibrahim, pada bulan Mac 1971. Penubuhan institusi ini antara lainnya untuk menyediakan peluang belajar kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan yang tidak bernasib baik untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai satu institusi yang mempunyai faslsafah pendidikan yang tersendiri, maka semua aktiviti kurikulam dan kokurikulam digembelingkan ke arah melahirkan seorang insan yang akademis dan bertaqwa. Sesuai dengan motto penubuhannya yang berusaha untuk memberikan pendidikan di segenap peringkat lapisan masyarakat terutama di kalangan mereka yang berpendapatan rendah, maka sudah pasti YAA bertindak dengan mengenakan yuran pengajian yang paling minimum, tetapi mutu pendidikan yang disediakan sudah teruji keberkesanannya.
Sambutan masyarakat terhadap institusi ini amatlah menggalakkan. Suatu yang perlu dibanggakan ialah institusi ini telah berjaya mencapai objektif penubuhannya iaitu dengan bertambahnya bilangan bekas lulusannya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negeri. Tidak syak lagi bahwa kejayaan-kejayaan yang dicapai sama ada di bidang akdemik atau kerohanian di masa yang lalu, adalah hasil dari beberapa program yang telah dirancang dan dijayakan dengan amat berkesan. Di antara program yang dipercayai telah membantu YAA dikenali ramai ialah dengan lawatan-lawatan sambil belajar yang telah dianjurkan di masa lalu.